Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010 !



Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog ARPRM SMK Taman Jasmin 2 saya ucapkan. Diam tak diam, kita sudah pun menjengah Tahun Baru 2010. Rasa sekejap je masa berlalu walaubagaimanapun hidup mesti diteruskan. Selamat tinggal kepada tahun 2009 kerana sudi menjadi platform masa terbaik dan sempurna untuk kami melakar kenangan-kenangan manis dan pahit sepanjang 2009.

Sudah menjadi adat setiap masyarakat dunia untuk menetapkan azam bagi tahun baru yang menjadi pegangan untuk berjaya kelak. Tidak ketinggalan, azam kami di ARPRM SMK Taman Jasmin 2 untuk sekali lagi mencatat nama sebagai badan operasi yang mempunyai ramai pemegang pingat gangsa dan perak bagi tahun 2010 ! insyaAllah. Justeru itu, buat semua peserta ARPRM SMK Taman Jasmin 2 ingatlah bahawa cabaran baru menanti anda. Lebih mencabar dan lebih menyeronokkan.

Oleh itu, saya Syamil Azmim bin Azhar mewakili rakan-rakan ARPRM SMK Taman Jasmin 2 serta guru-guru pembimbing ARPRM SMK Taman Jasmin 2 mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010! Semoga tahun 2010 membawa seribu keceriaan dan rahmat bagi kita semua. Mudah-mudahan kita dapat jadi yang lebih terbaik dari kalangan terbaik di tahun 2010!


Salam Tahun Baru,
Syamil, pengelola blog ARPRM SMK Taman Jasmin 2.

Monday, December 28, 2009

Kelas Asas Teater Rakan Muda Rakan Kecergasan dan Rakan Seni Budaya

Bahagian Pembangunan Rakan Muda akan menganjurkan Kelas Asas Teater Rakan Muda : Rakan Kecergasan & Rakan Seni Budaya. Kelas Asas Teater ini bertujuan untuk melahirkan remaja yang aktif, cergas, meminati sastera lakonan pentas dan berkemahiran serta mencungkil bakat kreativiti lakonan mereka. Kelas Asas Teater ini juga terbuka kepada semua remaja yang berusia 15 hingga 25 tahun, Sukarelawan Rakan Muda dan Peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.

Kelas Asas Teater Rakan Muda ini akan dijalankan mengikut jadual mingguan dan berdasarkan modul asas berikut :

Modul Asas Kelas Teater

1. Sejarah & Pengenalan Teater
2. Asas Kecergasan & Stamina
3. Asas Komunikasi
4. Asas Lakonan, Pergerakan & Improvisasi
5. Asas Vokal & Ekspresi
6. Asas Pengurusan & Pementasan
7. Latihan & Pementasan

Penyertaan : Terbuka kepada remaja berumur 15 hingga 25 tahun

Lokasi : Gymnasium Rakyat, Aras 1, Menara KBS, Presint 4, Putrajaya.

Masa :
Hari Selasa: Pukul 3.00pm hingga 4.00pm
Hari Rabu: Pukul 3.00pm hingga 4.00pm
Hari Sabtu: Pukul 10.00am hingga 12.00pm

Yuran : PERCUMA

Sila hubungi untuk maklumat lanjut
Puan Anfanty Rutel: 03-88713711/019-8190678
Cik Zaida Bt Zakaria: 03-88713710/013-3416427
Encik Yusrika Bin Bahar :012-7052504

Posted By : Yusrika Bin Bahar
Phone : 03-88713711
Email : yusrikabinbahar@yahoo.com
URL : yusrikabinbahar.blogspot.com

Tuesday, November 24, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha !





(P/S : Kawan2 ! Aidiladha datang lagi. Kepada yang hendak balik kampung tu, hati-hati dijalan raya kerna sesungguhnya yang tersayang menanti kepulangan anda. Tengok binatang yang kena sembelih tu hati-hati jugak..! Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia beragama Islam . Assalamualaikum. )

Tuesday, November 17, 2009

Exclusive Short Documentary ! ( The International Award )



( p/s : diharapkan agar tayangan video ini menaikkan lagi semangat semua ahli ARPRM untuk menjayakannya hingga berjaya ! )

Monday, November 16, 2009

SPM ! SPM ! SPM !


Kawan2! SPM datang lagi. Itu adalah titik permulaan dan penentu halatuju masa depan korang semua. Oleh itu, kepada semua yang menghadapi SPM 2009 tu, tabahkan hati, berdoa serta berusaha sedaya upaya dan sebaik mungkin demi keputusan cemerlang. Sijil SPM penting sebagai bukti semasa anda memohon masuk ke pusat pengajian tinggi ataupun semasa ingin memohon kerja. Paling kurang pun mesti dapat kredit kalau tak kene repeat.


( p/s : Kami di pihak admin blog ARPRM SMKTJ2 mengucapkan selamat maju jaya kepada semua form 5 SMKTJ2 yang akan menghadapi SPM dan kepada ahli ARPRM SMKTJ2 yang berada di tingkatan 5, tunjukkan kepada si 'MULUT2 JAHAT' yang anda bukan sahaja aktif dan berjaya dalam kokurikulum tetapi kurikulum juga anda bagus ! )

Tuesday, November 3, 2009

Ceritera Di Majlis Annual Dinner ARPRM SMK Taman Jasmin 2 2009 !

(klik untuk lihat semua gambar)

Kajang , 31 Oktober 2009 ; Bertempat di Hotel Oriental Crystal, Kajang telah berlangsung majlis makan malam anjuran kelab Rakan Muda SMK Taman Jasmin 2. Majlis yang dihadiri kira-kira 100 orang tetamu itu telah dihadiri oleh puan pengetua iaitu Puan Norbayah Ishak turut serta ialah YDP PIBG SMK Taman Jasmin 2 , serta Cik Ain iaitu penggerak Rakan Muda Hulu Langat dan yang terhormat, Ravichandran selaku pemegang pingat emas ARPRM 2009. Para jemputan VVIP disambut dengan paluan kompang yang menggamitkan suasana. Semua tetamu malam itu dibekalkan dengan 'goodies bag' yang terkandung nombor cabutan bertuah.

Pelbagai acara menarik disajikan pada malam itu. Setelah selesai ucapan perasmian oleh puan Pengetua dan sambil menjamu selera, para tetamu dihiburkan dengan tarian Zapin HipHop yang ditarikan oleh jejaka tampan dan perkasa yang bukan sahaja menarik para perhatian tetamu tetapi termasuk para pekerja disana. Pada malam itu juga, blog ARPRM SMK Taman Jasmin 2 dilancarkan secara rasmi. Selain itu, turut diraikan ahli rakan muda yang menyambut hari lahir pada hari itu. Nyanyian lagu ' Selamat Hari Jadi' diketuai oleh Muhammad Fadhli mengiringi mereka. Acara malam itu, diselangi dengan cabutan bertuah dimana semua tetamu dijanjikan hadiah yang menarik .

Turut dipersembahkan ialah persembahan band yang dianggotai juga jejaka kacak,hensem dan bergaya yang berjaya menghangatkan lagi suasana dan menaikkan mood tetamu yang hadir. Yang menariknya , persembahan band pada malam itu berjalan lancar dan bestt .. bukan itu sahaja, reaksi muka Cik Ain juga menunjukkan yang beliau juga sebenarnya enjoy dalam diam. Soal makanan pula, memang tiptop.. first class! cayalah pihak pengurusan. Kami disajikan dengan sweet sour prawn, fishball black pepper, ayam berempah, sup , ABC dan pelbagai lagi makanan yang sememangnya sedap.

Penutup persembahan pada malam itu ialah tarian rampaian gabungan zapin asli, inang dan joget. Dalam diam, Abang Ravichandran juga pandai menari joget tau. Ramai saksi yang melihat gelagat 'cute' abang Ravi, Cik Ain termasuklah guru dan terutama uncle Hisham mengikut rentak tarian joget sebagai persembahan penutup pada malam itu. Korang memang sporting! .

Sebelum majlis berakhir, seperti yang dijanjikan pada malam itu akan ada Anugerah Pakaian Paling Outstanding kategori lelaki dan perempuan yang dimenangi oleh Muhammad Amir Syamim bagi lelaki dan Nurul Syuhaida Ariffin bagi kategori perempuan. Tidak dinafikan yang mereka memang sangat kacak dan bergaya kata salah seorang tetamu yang hadir. Tepat jam 10.15, majlis bersurai .

Tamatlah sudah ceritera annual dinner ARPRM SMK Taman Jasmin 2 2009. InsyaAllah, tahun depan kita buat 'grand' lagi. Lebih hebat dan lebih menarik. Oklah, kita tutup cerita dinner dan kita rancang aktiviti seterusnya untuk kelab Rakan Muda kita. Semoga berjumpa lagi !!!



Sekian,
Admin

Saturday, October 31, 2009

Majlis Pentauliahan ARPRM Peringkat Negeri Selangor 2009 .

(klik untuk lihat semua gambar)


Puchong , 31 Oktober 2009 ; Bertempat di Kompleks Rakan Muda Puchong telah berlangsungnya Majlis Pentauliahan ARPRM Peringkat Negeri Selangor 2009. Majlis ini telah mengiktiraf kesemua peserta ARPRM yang telah berjaya bertungkus lumus mengharungi pelbagai cabaran sehingga berjaya mendapat pingat gangsa dan perak. Kesemua hasil penat lelah mereka telah dibayar dengan pengiktiran tersebut. Majlis yang dihadiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan timbalannya telah diserikan lagi dengan paluan kompang serta tarian tradisional sebagai halwa telinga dan pancaindera hadirin yang ada di majlis itu. Tahun ini, peningkatan penerima anugerah gangsa dan perak telah menunjukkan bahawa di negeri Selangor, ARPRM telah berkembang baik dan mendapat sambutan belia disini.

Dengan visi untuk menjana paradigma remaja di Malaysia, majlis pentauliahan ini telah menjadi titik permulaan untuk kita semua. Memetik kata-kata tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor , " remaja masa ini sangat bertuah dengan kewujudan program seperti ini yang mampu menaikkan semangat kemasyarakatan serta keyakinan diri sekali gus menyiapkan diri anda untuk menggantikan pemimpin yang ada sekarang di masa hadapan. " Kata-kata itu sebenarnya menyedarkan kita bahawa, program ini bukan berlandas keseronokan semata-mata tetapi mendidik kita menjadi belia Malaysia yang berwawasan serta dinamik dari seluruh aspek.

Paling membanggakan buat ahli ARPRM SMK Taman Jasmin 2. Tahun ini kita menghantar skuad yang kuat untuk majlis itu. Penerima pingat Perak tahun ini untuk ARPRM SMK Taman Jasmin 2 ialah seramai 24 orang manakala penerima gangsa ialah 52 orang. Ia merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh semua ahli ARPRM SMK Taman Jasmin 2 dan boleh turut sama dibanggakan oleh seluruh belia di negeri Selangor. Buat para penerima pingat gangsa, jangan putus asa dan teruskan untuk pingat perak manakala buat penerima pingat perak, anda harapan negara! teruskan sehingga mendapat pingat emas. Jadikan abang Ravichandran dan Suhail sebagai idola dan pendorong buat anda.

Sekali lagi ucapan tahniah buat semua penerima anugerah ARPRM 2009. Semoga dengan pentauliahan ini membuatkan anda lebih maju kehadapan. Khas dari meja pengarang blog ARPRM SMK Taman Jasmin 2, tahniah buat rakan ARPRM SMK Taman Jasmin 2 yang telah berjaya. Tahun hadapan kita akan pastikan perak dan emas dalam genggaman kita!


Sekian,
Admin


(Gambar-gambar akan diupload tidak lama lagi.Kepada yang mempunyai gambar untuk disumbangkan. Sila email kepada saya di arprmsmktj2@yahoo.com)