Friday, February 26, 2010

Selamat Maju Jaya kepada Ahli Baru ARPRM SMKTJ2 !

Kajang,27februari2009 ; Seramai lebih 50 orang ahli baru telah menyertai kelab Rakan Muda SMK Taman Jasmin bagi tahun 2010. Situasi ini telah menggambarkan bahawa kelab Rakan Muda SMK Taman Jasmin 2 masih lagi mantap dan berpengaruh. Mesyuarat pertama yang diadakan pada bulan lepas telah menunjukkan bahawa rakan muda mampu mendidik belia terutama di kalangan pelajar sekolah kearah yang lebih baik dan menghindarkan dari aktiviti yang tidak berfaedah. Pada tahun ini, pelbagai aktiviti disusun bagi melengkapkan kalendar aktiviti tahun rakan muda SMKTJ2.

Pihak guru serta AJK ARPRM SMKTJ2 berharap agar peserta baru tabah dan sabar dalam menghadapi apa jua cabaran dan aktiviti yang dijalankan kerana rakan muda sememangnya melatih diri menjadi lebih kuat dari segi fizikal dan mental. Nilai yang paling penting untuk menjadi seorang ahli rakan muda yang cemerlang ialah ikhlas dan jujur dalam semua aktiviti yang dilakukan kerana kebanyakan aktiviti akan diadakan secara berkumpulan.. oleh itu, kerjasama serta tolak ansur harus wujud dalam setiap diri ahli ARPRM.

Kemungkinan aktiviti ARPRM SMKTJ2 akan berjalan lebih rancak selepas sukan tahunan kerana jadual pada masa kini sangat padat dengan persiapan Kejohanan Olahraga peringkat sekolah yang bakal berlangsung rabu hadapan. Diharapkan para peserta ARPRM khususnya gangsa dan perak supaya bersedia untuk menghadapi cabaran selepas hari sukan.


( p/s : Peserta gangsa dan perak sudah boleh mulakan aktiviti anda. Ikut tarikh perjumpaan pertama. Jika terdapat sebarang kesulitan, boleh berjumpa peserta emas untuk bantuan. )

0 comments: