Wednesday, February 2, 2011

Peserta Tahap Emas ARPRM SMKTJ2 mewakili Malaysia ke Persidangan Belia Dunia! Tahniah...


Sekalung tahniah diucapkan kepada peserta ARPRM tahap Emas yang juga bekas pelajar SMK Taman Jasmin 2 kerana terpilih mewakili Malaysia ke Persidangan Belia Dunia dan 5th Regional Meeting SEAYEN-UNEP di Singapura yang berlangsung pada 18hb Januari - 24hb Januari 2011. Dengan berkat doa ibu bapa, guru-
guru serta mentor dan usaha yang jitu, Syamil Azmim, 18, berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Diharapkan dengan pencapaian Syamil Azmim dapat memberi inspirasi kepada peserta ARPRM SMKTJ2 khususnya untuk melangkah lebih jauh kehadapan dan membuktikan bahawa penglibatan anda di dalam Rakan Muda bukannya suatu perkara yang sia-sia

0 comments: