Tuesday, November 3, 2009

Ceritera Di Majlis Annual Dinner ARPRM SMK Taman Jasmin 2 2009 !

(klik untuk lihat semua gambar)

Kajang , 31 Oktober 2009 ; Bertempat di Hotel Oriental Crystal, Kajang telah berlangsung majlis makan malam anjuran kelab Rakan Muda SMK Taman Jasmin 2. Majlis yang dihadiri kira-kira 100 orang tetamu itu telah dihadiri oleh puan pengetua iaitu Puan Norbayah Ishak turut serta ialah YDP PIBG SMK Taman Jasmin 2 , serta Cik Ain iaitu penggerak Rakan Muda Hulu Langat dan yang terhormat, Ravichandran selaku pemegang pingat emas ARPRM 2009. Para jemputan VVIP disambut dengan paluan kompang yang menggamitkan suasana. Semua tetamu malam itu dibekalkan dengan 'goodies bag' yang terkandung nombor cabutan bertuah.

Pelbagai acara menarik disajikan pada malam itu. Setelah selesai ucapan perasmian oleh puan Pengetua dan sambil menjamu selera, para tetamu dihiburkan dengan tarian Zapin HipHop yang ditarikan oleh jejaka tampan dan perkasa yang bukan sahaja menarik para perhatian tetamu tetapi termasuk para pekerja disana. Pada malam itu juga, blog ARPRM SMK Taman Jasmin 2 dilancarkan secara rasmi. Selain itu, turut diraikan ahli rakan muda yang menyambut hari lahir pada hari itu. Nyanyian lagu ' Selamat Hari Jadi' diketuai oleh Muhammad Fadhli mengiringi mereka. Acara malam itu, diselangi dengan cabutan bertuah dimana semua tetamu dijanjikan hadiah yang menarik .

Turut dipersembahkan ialah persembahan band yang dianggotai juga jejaka kacak,hensem dan bergaya yang berjaya menghangatkan lagi suasana dan menaikkan mood tetamu yang hadir. Yang menariknya , persembahan band pada malam itu berjalan lancar dan bestt .. bukan itu sahaja, reaksi muka Cik Ain juga menunjukkan yang beliau juga sebenarnya enjoy dalam diam. Soal makanan pula, memang tiptop.. first class! cayalah pihak pengurusan. Kami disajikan dengan sweet sour prawn, fishball black pepper, ayam berempah, sup , ABC dan pelbagai lagi makanan yang sememangnya sedap.

Penutup persembahan pada malam itu ialah tarian rampaian gabungan zapin asli, inang dan joget. Dalam diam, Abang Ravichandran juga pandai menari joget tau. Ramai saksi yang melihat gelagat 'cute' abang Ravi, Cik Ain termasuklah guru dan terutama uncle Hisham mengikut rentak tarian joget sebagai persembahan penutup pada malam itu. Korang memang sporting! .

Sebelum majlis berakhir, seperti yang dijanjikan pada malam itu akan ada Anugerah Pakaian Paling Outstanding kategori lelaki dan perempuan yang dimenangi oleh Muhammad Amir Syamim bagi lelaki dan Nurul Syuhaida Ariffin bagi kategori perempuan. Tidak dinafikan yang mereka memang sangat kacak dan bergaya kata salah seorang tetamu yang hadir. Tepat jam 10.15, majlis bersurai .

Tamatlah sudah ceritera annual dinner ARPRM SMK Taman Jasmin 2 2009. InsyaAllah, tahun depan kita buat 'grand' lagi. Lebih hebat dan lebih menarik. Oklah, kita tutup cerita dinner dan kita rancang aktiviti seterusnya untuk kelab Rakan Muda kita. Semoga berjumpa lagi !!!



Sekian,
Admin

0 comments: