Saturday, October 31, 2009

Majlis Pentauliahan ARPRM Peringkat Negeri Selangor 2009 .

(klik untuk lihat semua gambar)


Puchong , 31 Oktober 2009 ; Bertempat di Kompleks Rakan Muda Puchong telah berlangsungnya Majlis Pentauliahan ARPRM Peringkat Negeri Selangor 2009. Majlis ini telah mengiktiraf kesemua peserta ARPRM yang telah berjaya bertungkus lumus mengharungi pelbagai cabaran sehingga berjaya mendapat pingat gangsa dan perak. Kesemua hasil penat lelah mereka telah dibayar dengan pengiktiran tersebut. Majlis yang dihadiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan timbalannya telah diserikan lagi dengan paluan kompang serta tarian tradisional sebagai halwa telinga dan pancaindera hadirin yang ada di majlis itu. Tahun ini, peningkatan penerima anugerah gangsa dan perak telah menunjukkan bahawa di negeri Selangor, ARPRM telah berkembang baik dan mendapat sambutan belia disini.

Dengan visi untuk menjana paradigma remaja di Malaysia, majlis pentauliahan ini telah menjadi titik permulaan untuk kita semua. Memetik kata-kata tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor , " remaja masa ini sangat bertuah dengan kewujudan program seperti ini yang mampu menaikkan semangat kemasyarakatan serta keyakinan diri sekali gus menyiapkan diri anda untuk menggantikan pemimpin yang ada sekarang di masa hadapan. " Kata-kata itu sebenarnya menyedarkan kita bahawa, program ini bukan berlandas keseronokan semata-mata tetapi mendidik kita menjadi belia Malaysia yang berwawasan serta dinamik dari seluruh aspek.

Paling membanggakan buat ahli ARPRM SMK Taman Jasmin 2. Tahun ini kita menghantar skuad yang kuat untuk majlis itu. Penerima pingat Perak tahun ini untuk ARPRM SMK Taman Jasmin 2 ialah seramai 24 orang manakala penerima gangsa ialah 52 orang. Ia merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh semua ahli ARPRM SMK Taman Jasmin 2 dan boleh turut sama dibanggakan oleh seluruh belia di negeri Selangor. Buat para penerima pingat gangsa, jangan putus asa dan teruskan untuk pingat perak manakala buat penerima pingat perak, anda harapan negara! teruskan sehingga mendapat pingat emas. Jadikan abang Ravichandran dan Suhail sebagai idola dan pendorong buat anda.

Sekali lagi ucapan tahniah buat semua penerima anugerah ARPRM 2009. Semoga dengan pentauliahan ini membuatkan anda lebih maju kehadapan. Khas dari meja pengarang blog ARPRM SMK Taman Jasmin 2, tahniah buat rakan ARPRM SMK Taman Jasmin 2 yang telah berjaya. Tahun hadapan kita akan pastikan perak dan emas dalam genggaman kita!


Sekian,
Admin


(Gambar-gambar akan diupload tidak lama lagi.Kepada yang mempunyai gambar untuk disumbangkan. Sila email kepada saya di arprmsmktj2@yahoo.com)

0 comments: