Tuesday, October 20, 2009

Sesi Latihan Untuk Grand Annual Dinner ARPRM SMK Taman Jasmin 2 !

Kajang , 19 Oktober 09 : Tepat jam 8.00 pagi , semua peserta yang terlibat dengan persembahan hadir di bilik muzik untuk sesi latihan. Lengkap dengan semua peralatan seperti gitar, drum, keyboard , dan berbagai lagi sudah menunjukkan yang mereka memberikan komitmen sepenuhnya untuk menjayakan majlis itu nanti . (gambar dibawah)
Turut hadir pada sesi latihan itu ialah guru kesayangan kami iaitu Pn. Zurina Adnan, turut bersama ialah Cik Mastura dan Pn. Faridah Ani. Mereka juga sanggup menunggu dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Terima kasih kami ucapkan. Pada hari tersebut juga diadakan jamuan kecil-kecilan antara kami sempena hari raya yang berlalu pergi. Selain daripada latihan band, para penari tarian zapin dan korea juga turut serta dalam sesi latihan tersebut.
Pada hari itu juga, semua persembahan disusun atur seperti di malam annual dinner nanti supaya tiada kekeliruan antara kami. Ini kerana, majlis makan malam ini adalah yang julung kali diadakan dan insyaAllah akan dijadikan sebagai acara tahunan buat semua ahli ARPRM SMK Taman Jasmin 2. Diharapkan, sepanjang makan malam itu nanti semua acara yang disusun akan berjalan lancar dan teratur dan tetamu yang hadir juga akan terhibur.



Sekian,
Admin.





1 comments:

keCik said...

ohh nasib kau post entry ni.

thankyou;D