Tuesday, October 20, 2009

31 Oktober Tarikh Bersejarah !

Kajang , 20 Oktober 2009 : Satu khabar gembira telah di sampaikan oleh bonda kami iaitu Pn. Zurina Adnan yang menyatakan bahawa 31 Oktober 2009 bersamaan hari Sabtu ialah Hari Penyampaian Pingat Gangsa dan Perak bagi seluruh negeri Selangor. Semua ahli ARPRM terutamanya kami sudah tidak sabar-sabar untuk mengambil pingat setelah berpenat lelah melakukan aktiviti wajib semua komponen ARPRM. Acara akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Puchong dan akan bermula pada jam 8.00 pagi dan dijangka tamat pada 1.00 tengahari.

Setelah pulang dari Kompleks Rakan Muda Puchong, kami akan bergegas ke Oriental Crystal Hotel untuk menghadiri bengkel bersama Ravichandran iaitu pemegang pingat emas ARPRM . Kami berasa amat berbangga kerana pada hari itu, abang Ravi akan turut serta pada majlis sebelah malam pula iaitu Grand Annual Dinner ARPRM SMK Taman Jasmin 2 2009. Dijangkakan ramai tetamu VVIP , VIP yang akan hadir untuk turut memeriahkan acara yang diadakan di lokasi istimewa.

Tema malam itu adalah hitam dan putih. Kami sengaja pilih tema hitam dan putih kerana tampak glamour dan exclusive sesuai dengan lokasi majlis itu nanti. Rata-rata ahli ARPRM juga tidak sabar-sabar untuk menghadiri majlis tersebut yang pertama kali diadakan. Selain itu, majlis perasmian blog ARPRM SMK Taman Jasmin 2 akan dilakukan pada malam itu. Nampaknya, ia menjadi satu debaran buat pengelola blog. Jeng3!!!

Sampai disini sahaja celoteh untuk entri kali ini. Tunggu untuk entri seterusnya yang akan lebih menarik khas untuk anda semua. Salam 1MALAYSIA . Yakin BOLEH Gemilang!



Sekian,
Admin .

0 comments: