Friday, October 16, 2009

Blog ARPRM SMK Taman Jasmin 2 dilancarkan !!!

Kajang , 15 Oktober 2009 ; Satu detik yang bermakna dan bersejarah telah tercatat bagi semua ahli ARPRM SMK Taman Jasmin 2 kerana hasrat untuk memiliki blog telah tercapai. Blog yang dibangunkan oleh Muhammad Hariz dan Syamil Azmim ini telah dilengkapi dengan pelbagai aplikasi yang menarik untuk anda semua. Kata pemilik bersama blog ini juga , laman ini bukan sahaja untuk ahli ARPRM SMK Taman Jasmin 2 malahan boleh dilayari oleh semua masyarakat tak kira usia,bangsa mahupun agama yang mahu bersama turut serta dalam laman ini. Justeru itu, sokongan yang padu diperlukan demi kemajuan Kelab Rakan Muda SMK Taman Jasmin 2.

Selain itu, kami mengalu2kan entri dan maklumat terkini yang ingin dikongsi bersama. Kami akan cuba sebaik mungkin untuk menyelia dan mengemaskini blog kami supaya maklumat yang ingin disampaikan tepat dan tidak mengelirukan anda semua. Kepada kelab ARP yang lain juga boleh menyertai kami dengan menghantarkan maklumat anda diruangan yang disediakan.

Disamping itu juga, kita harus berbangga kerana kelab Rakan Muda SMK Taman Jasmin 2 adalah kelab pertama yang mempunyai blog sendiri. Akhir kata, sama2 lah kita melibatkan diri dengan aktiviti yang bakal dijalankan oleh kelab ARPRM SMKTJ2 ini. =]



Sekian ,
Admin

1 comments:

Syza said...

HALOOOMAAA!!!
mari join komuniti kami!!

-gaya penulisan: terbaik!
-isi-isi penting: terbaik!